Thursday, 31 October 2013

ALFAFA-MEDICAGO

Alfalfa (Medicago Sativa)  dikenali sebagai "raja segala tumbuhan" . Mengambil  masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki kedalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Sementara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.



Perkataan Alfalfa berasal dari frasa Arab , Al-fac-facah yang bermaksud 'Bapa kepada semua Makanan'. Pengamal perubatan herba (herbalists) selalunya akan mengesyorkan Alfalfa untuk pesakit yang kurang nutrisi (malnutrition), lemah (debility) dan sakit berpanjangan (prolonged illness).


Apakah Kelebihan  Alfalfa? 

Agen Detox
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mengandungi enzim yang tinggi dalam membantu masalah penghadaman dan pencernaan 
  • Melegakan sembelit
  • Terkenal sebagai purifier untuk darah dan hati daripada bahan kimia dan logam berat
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
  • Membuang angin dalam badan (Toksin punca angin berlebihan dalam badan)
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan. (Toksin juga membuatkan badan lesu dan lemah)
  • Melegakan elergi dan ekzema
  • Meneutralkan asid dalam badan (Kealkalian yang tinggi)
  • Meringankan masalah badan, kaki dan nafas berbau
Umum
  • Melegakan sakit sendi dan belakang. 
  • Merawat arthitis 
  • Merawat Ulcer 
  • Merawat athma 
  • Mengurangkan Migrain melalui kombinasi Magnasium dan Calcium 
  • Mengandungi bioflavonoid yang membantu radang lapisan perut 
  • Sumber Vitamin K semulajadi untuk kuasa penyembuhan pendarahan gusi dan hidung 
  • Mengurangkan pengekalan air berlebihan dalam pundi kencing 
  • Merendahkan tahap kolestrol 
  • Menstabilkan Paras gula dalam darah 
  • Membantu meningkatkan selera makan. 
  • Mengatasi kesan sampingan kemoterapi yang digunakan untuk merawat kanser dengan meningkatkan sel darah putih untuk lawan penyakit.  
  • Melegakan keletihan.

7 SEBAB KENAPA WANITA PERLUKAN VITAMIN E



1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.

Rupa bentuk kapsul VITA-E

Seorang teman sebelum ini mengalami masalah di mana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

Perbezaan Vitamin E Shaklee dengan vitamin E dipasaran ialah Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium.

Dan yang terbaru ni..Vitamin E semakin hebat dengan adanya extract biji anggur

Sijil Halal Shaklee 2013




Produk Shaklee dijamin Halal...


Berikut adalah sijil halal bagi poduk-produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia.

Untuk pengetahuan pengguna, sijil halal yang dikeluarkan oleh  Islamic Services of America telah diiktiraf oleh JAKIM.

 Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi HQ Shaklee
Ibu Pejabat Shaklee Malaysia

Shaklee Products (M) Sdn Bhd
A-3A-02, Empire Tower
Empire Subang
Jalan SS16/1
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Telefon :603-5622 3188
Fax : 603-5622 3199
E-mel : customerinquiry@shaklee.com.my  atau layari laman web Shaklee Malaysia di www.shaklee.com.my

ni adalah sijil halal untuk produk Shaklee yang terbaru.



SIJIL HALAL SHAKLEE  2013












Untuk makluman Islamic Service Of America telah pun diiktiraf oleh JAKIM sebagai badan atau pertubuhan islam yang sah mengeluarkan sijil halal kepada produk yang dihasilkan di Amerika dan dipasarkan ke Malaysia. Rujukan boleh dibuat dihttp://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf .



Apa Itu Penyakit Radang Sendi : Arthritis



Apa Itu Penyakit Radang Sendi : Arthritis?

Penyakit Arthritis ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Bahayakah penyakit Arthritis ini? Baiklah, sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit radang sendi. Kebarangkaliannya akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Wanita yang belum mengalami putus haid adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit Arthritis ini berbanding kaum lelaki.



Perbezaan sendi normal dan arthritis




Apa Penyebab Arthritis?



Penyebab rheumatoid arthritis masih belum diketahui. Namun, diketahui bahawa rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun semulajadi sistem kekebalan tubuh tidak beroperasi dengan betul, sehingga sistem kekebalan tubuh menyerang rangkaian sendi yang sihat dan menyebabkan keradangan dan kerosakan sendi seterusnya. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit Arthritis ini.



Siapa Yang Berisiko Terkena Arthritis?



Rheumatoid arthritis mempengaruhi lebih daripada 2 juta orang Amerika dengan lebih daripada 1 juta wanita berbanding dengan hanya lebih daripada setengah juta orang, Walaupun awal ini umumnya usia pertengahan, lebih umum ditemui pada orang tua. Rheumatoid arthritis juga telah ditemui pada kanak-kanak-kanak dan dewasa muda.





SENDI YANG SIHAT



Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang-temulang yang memberi sokongan dan membantu anda bergerak. Ia terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair sinovia(bendalir yang melicinkan sendi) yang memberi keselesaan antara tulang temulang dan membantu penyerapan hentakan daripada pergerakkan.



Sakit sendi dan tidakselesaan.

Semakin umur meningkat tulang rawan, menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal berterusan & beban boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan & menyebabkan ketidakselesaan sendi.





Vitamin yang dicadangkan dari  shaklee adalah:



1.OsteMatrix



Kesihatan sendi dengan Advance Joint Health Shaklee


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni saya nak share tentang kesihatan sendi dan Produk Shaklee yang sesuai utk melegakan masalah sakit sendi dan menjaga sendi adalah Advance Joint Health Tablet.

Advance Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif ektrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zinc, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan - bahan berasaskan mineral, Shaklee Advance Joint Health tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.




Sendi yang sihat bermakna tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecari sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi) iaitu komponen-komponen sendi; mendapat keperluan nutrisi dari yang mencukupi yang diserap oleh tubuh. Sendi yang sihat dan kuat dapat memberi keselesaan antara tulang temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.




Manfaat Shaklee Advanced Joint Health ini ialah dalam  3 cara iaitu:
  • Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya,. bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  • Bertindak sebagai kusyen ( (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien penting dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

artikel berkaitan Advanced Joint Health Tablet 


Kekalkan kesihatan sendi, yang aktif dan lasak terutama sekali gologan dewasa dan warga tua. Bagi jutaan orang yg mempunyai ketidakselesaan sendi, aktiviti biasa seperti membengkok, duduk dan berjalan pun terasa begitu mencabar. Elakkan ketidakselesaan sendiri menghalang anda daripada bergerak aktif dan melakukan perkara-perkara yang anda gemari. Pencegahan awal boleh menjadikan anda sihat pada masa akan datang. Sama ada anda penghidap sakit sendi atau pun tidak, adalah penting anda mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia.
************************




Shaklee Independent Distributor 

| ID 955350/1070762
Facebook:Ibu Iman Rayyan /Wane Mikail
WhatsApp / SMS : 019-2580253/017-2697550
Blog :iburayyanmikail.blogspot.com
 

Shaklee-CoQHealth Plus





CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari
semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin
E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul
bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi
penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.
CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap 
   pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di 
   dalam darah






Apakah Coenzyme Q10 ni?

Ia adalah nutrisi larut lemak yang ditemui secara semulajadi dalam setiap sel tubuh kita untuk fungsi sel yang baik. Terutama pada organ-organ yang bekerja keras seperti jantung, hati, pankreas dan buah pinggang.

Coenzyme Q10 bertindak umpama spark plug bagi sel bagi menukarkan makanan kepada tenaga untuk fungsi sel. Sel tubuh kita membakar gula dan lemak dari makanan kita, dan CoQ10 ni diperlukan dalam proses ini. Proses penghasilan tenaga inilah yang membolehkan jantung berdegup dan organ lain berfungsi.

Tanpa Coenzyme Q10, sel-sel kita tidak dapat menghasilkan tenaga.. umpama lampu tanpa starter. Walaupun lampu masih baru, bekalan elektrik elok, tapi tanpa starter lampu tak boleh menyala.

Tubuh kita menghasilkan CoQ10 sendiri, tapi penghasilannya makin menurun bila kita makin meningkat usia. Samalah seperti kolagen dan sebagainya. Faktor luar seperti diet yang tak seimbang, pendedahan terhadap radikal bebas dan penggunaan ubat-ubatan juga mengurangkan COQ10 dalam tubuh.

CoQ10 membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaannya mengepam darah sekaligus memperbaiki aliran darah.

Ia juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat dan membantu melindungi arteri dari pengoksidaan kolesterol LDL yang menyebabkan penyumbatan salur darah.
Dapatkan sekarang, baru dari Shaklee, CoQHealth Plus!
Apakah perbezaan CoQHealth Plus:

  • Untuk mendapatkan jumlah CoQ10 yang setara, kita perlu makan 1.7kg ayam dan 2.8kg brokoli.
  • Diperkukuhkan dengan Vitamin E bagi membantu memberikan keupayaan antioksidan optimum yang berterusan kepada sel tubuh.
  • Ekstrak teh hijau mengandungi pricyanidins yang membantu menyokong kesihatan endothelium yakni lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung.
  • CoQ10 yang berasal dari sumber semulajadi dengan kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya adalah satu-satunya CoQ10 dari yis yang ditapai yang sumbernya telah diuji dan diyakini secara meluas mempunyai kualiti tinggi dalam sumber bioketersediaannya.
  • Bebas gluten.

Hadiahkan buat insan tersayang, insya-Allah kita berusaha dan buat yang terbaik untuk sentiasa sihat dan cergas.

Kawal Kolesterol Dan Tekanan Darah Tinggi Dengan-SHAKLEE


Masalah jantung merupakan punca utama kematian di Malaysia dan juga didunia. Biasanya sakit jantung yang berpunca dari kadar kolesterol yang tinggi dan tekanan darah tinggi tidak mempunyai sebarang tanda.
Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL. Ada dua jenis kolesterol.
1)Kolesterol LDL(kolesterol jahat).
2)Kolesterol HDL(kolesterol baik).










Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.


Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).
Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.
Harus diingat, jantung kita ni telah bekerja keras dan berfungsi mengepam darah dari kita masih dalam kandungan ibu kita lagi.Oleh itu sayangilah jantung anda untuk kehidupan yang terus baik sepanjang hari,

Set Vitamin yang dicadangkan dalam shaklee ini mempunyai kebaikan antaranya adalah:
1.Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan stok.
2.Membantu mengekalkan tahap kolesterol yang baik.
3.Membantu tekanan darah yang normal.

Set Vitamin ini terdiri drp:

1. OmegaGuard




  • pengambilan asid lemak omega 3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida dan kolesterol yang normal.
  • merendahkan kolesterol dan menghindar pembekuan darah di dalam badan.



2. Garlic
  • membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan paras kolesterol.
  • menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
  • menurunkan kolesterol LDL ,trigliserida dan kelikatan darah.
  • meningkatkan HDL,menghalang stok dan penyakit koronari.


3.Vitamin E complex
  • Melindungi jantung,melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pegasidan lipid.
  • meningkatkan kolesterol HDL.
  • mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dlm lemak dimana ia menyokong kesihatan jantung.


4. Lecithin
  • pemecahan lemak dan kolesterol, bertindak sbg pembersih salur darah.
  • membantu mengemulsi dan metabolisma lemak,kolesterol dan trigliserida dalam tubuh.
  • menghalang tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis.
  • menggalakkan peredaran darah.


  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah.




  • Shaklee Independent Distributor 
    | ID 955350/1070762
    Facebook:Ibu Iman Rayyan /Wane Mikail
    WhatsApp / SMS : 019-2580253/017-2697550

    Blog :iburayyanmikail.blogspot.com